Tuesday, February 18, 2014

Kepentingan Rekod

Bagus sekiranya setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam pertanian secara fertigasi (atau apa jenis dan kaedah pertanian sekali pun) direkodkan. Rekodkan setiap kali penyiraman baja, semburan racun perosak atau baja tambahan, rekodkan juga bilangan pokok yang diserang penyakit, tarikh mula tuaian, berat tuaian, hasil jualan, dan sebagainya.

Contoh buku rekod/log perladangan

Sekiranya terdapat masalah2 yang berlaku pada musim tertentu, rekod ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan bagi mengenalpasti punca masalah tersebut dan kaedah bagaimana untuk mengatasinya pada musim akan datang. Ia juga dapat digunakan sebagai perbandingan sekiranya perubahan akan dilakukan pada musm berikutnya, sebagai contoh, jumlah pokok akan ditingkatkan/dikurangkan, atau jarak antara pokok akan diubah suai.

Sekiranya hasil musim tertentu didapati amat baik sekali, sekiranya tidak direkodkan aktiviti yang telah dijalankan, mungkin menjadi sukar untuk dikenalpasti apakah unsur yang telah dilakukan berbeza dengan musim2 yang lain yang telah mempengaruhi hasil yang baik tersebut.

Begitu juga kalau kita nak buat perubahan kepada jenis tanaman yang kita tanam. Contohnya musim lepas dah tanam cili, musim ni nak tanam timun pulak. Tapi musim lagi satu nak tanam cili balik. Kalau kita rekodkan semua aktiviti yang kita dah buat masa tanam cili musim lepas, setidaknya apabila kita nak tanam cili semula pada musim akan datang, tak perlulah kita nak kena rujuk2 di internet atau tanya2 balik orang lain (yang mungkin kita dah pernah tanya dulu2 mula2 masa nak tanam cili dulu) atau ingat2 lupa pada benda apa yang kita dah pernah buat dulu. Sebab kita dah ada rekod dan maklumat kita sendiri yang kita boleh rujuk. Jadi, jimat masa, tenaga dan wang.

Kalau takde rekod, kena sembang2 untuk cari maklumat

Untuk melibatkan diri dalam skim perladangan baik dan skim organik juga memerlukan segala aktiviti pertanian direkodkan dengan begitu teliti dan terperinci sekali. Barulah hasil dan perlaksanaan dapat dipantau dan dianalisa.

Mungkin kerja2 merekod ni nampak rumit dan memang menyulitkan... Tapi kita kena ingat, sesudah kesulitan, pasti ada kemudahan... Surah Al-Insyirah ayat 5-6. §