Wednesday, August 3, 2016

NFT concept untuk urban farming


 Assalamualaikum, berikut adalah model NFT untuk urban farming konsep.

4 rak untuk tanaman sayur boleh memuatkan 16 pokok.
Pam akuarium digunakan untuk menyalurkan air ke tanaman. Boleh juga bela ikan dalam tangki di bawah,
Berminat boleh hubungi kami. Kami boleh custom made kan mengikut citarasa anda.








Wednesday, December 9, 2015

Timun varieti Pahlawan

Assalamualaikum semua,

Kami telahpun memulakan tanaman timun varieti pahlawan. Telah seminggu kami semai didalam polibeg. Dengan pembajaan AB, kawalan organik dan folier  bio one plus.





Doakan segalanya dipermudahkan.. 

Friday, May 22, 2015

Sikap 3T

Dalam pertanian, pokok2 yang ditanam memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang rapi bagi menjamin hasil tuaian yang berkualiti tinggi dan juga dapat menghasilkan kuantiti yang banyak.

Sesetengah petani memepunyai sikap 3T, iaitu tanam, tinggal, tuai, di mana petani tersebut hanya meninggalkan tanaman tanpa penjagaan sehinggalah waktu penuaian, dengan harapan mendapat hasil yang lumayan. Sikap ini perlulah dielakkan dari awal agar tidak menjadi satu kebiasaan.

Tuesday, October 21, 2014

Kawalan Rumpai dalam Fertigasi

Dah lama tak update post kat sini...

Kalini nak cerita sikit tentang kawalan rumpai dalam pertanian secara fertigasi...

Silvershine
Selalunya pengusaha akan bentang plastik silvershine samada di keseluruhan tapak pertanian ataupun hanya di bahagian bawah polibeg sahaja..
Ukuran silvershine kebiasaannya 4 kaki lebar dan satu gulung sepanjang 250 meter berharga dalam lingkungan RM60-75.
Sangat nipis dan ringan, sukar untuk dibentang betul2 dan mudah koyak, tak tahan lama terutamanya jika dibentangkan di lorong2 laluan jalan kaki.. Kurang dari setahun dah koyak2 dan reput dan rumpai mula tembus jadi perlu kerap digantikan dengan yang baru..
Kegunaan sebenar silvershine ni adalah sebagai sungkupan untuk tanaman di atas batas, yang mana memang bukan di tempat yang dipijak2, dan memang akan ditukar ganti setiap kali mula musim tanaman baru..

Silvershine yang dibentang di barisan fertigasi

Weed Supressor
Kami pun baru je dapat pengetahuan mengenai weed suppressor ni.. rupa dia macam fabric pun ada, macam plastik yang dianyam pun ada.. Jadi, air hujan yang turun akan meresap ke tanah dan takkan bertakung di atas supressor ni.. Tahan lebih lama dan mudah sikit nak dibentang berbanding silvershine..
Ukurannya 4 kaki lebar dan satu gulung panjangnya 250 meter (sama macam silvershine juga).. Tetapi harganya agak mahal, sekitar RM800 segulung.. Ada juga saiz yang berbeza, seperti 6 kaki lebar.. Jenis material yang digunakan pun ada yang berbeza juga..
Walaupun harganya lebih mahal, namun ketahanannya mungkin lebih praktikal dan ekonomikal kerana tak pelu nak kena pasang banyak2 kali kalau dibandingkan dengan penggunaan silvershine...
3-4 tahun pun boleh tahan lagi supressor ni, mungkin lebih lama lagi pun boleh juga kalau jaga betul2..

Weed supressor yang siap dibentang di bawah polibeg

Merumput
Namun, walaupun menggunakan apa cara sekalipun, nescaya akan ada juga rumpai yang berjaya menembusi pertahanan.. Jadi, perlulah diawasi juga dengan cara melawat kebun dan ladang sekali sekala dan cabut rumput2 yang mula tumbuh kalau ada.. Jangan tunggu sampai rumpai dah merebak dan membiak pesat baru nak cabut, nanti akan terasa bebannya..

Meracun
Tapi kalau tak dapat dikawal, boleh lah menggunakan racun rumpai.. Namun tak digalakkan sebab mungkin racun rumpai ni akan memberi kesan yang negetif terhadap tanaman fertigasi kita.. Kalau boleh, elakkan penggunaan racun rumpai.. Lagipun kalau tak gunakan racun rumpai, alam sekitar akan lebih terpelihara dan sejahtera..

Jadi, jangan biarkan rumpai tumbuh di sekitar polibeg fertigasi kita. Kalau rumpai dah merimbun di bahagian luar polibeg, nescaya benih2 rumpai tu akan dapat masuk ke dalam polibeg dah akan turut tumbuh subur di dalam polibeg... Rugi la sebab baja yang kita bagi untuk tanaman kita tu akan kena curi oleh rumpai2 yang menumpang kat dalam polibeg tu...

Mari kita sama2 pelihara tapak pertanian kita agar tidak diserang rumpai2 yang nakal tu! §

Friday, August 29, 2014

Lawatan dari Pelajar-Pelajar Institut Latihan Pertanian Bumbung Lima SPU

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama kami x post sesuatu di blog ini. Maaf kalau ada yang ternanti-nanti post dari kami..  :) . Setelah syawal melabuhkan tirai, kami dengan berbesar hati telah pun menerima kunjungan dari pelajar-pelajar Institut Latihan Pertanian Bumbung Lima. Mereka ini terdiri dari gadis-gadis berumur lingkungan 19 - 22 tahun dari bidang penternakan datang untuk membuat kaji selidik survey berkenaan PRA ( kami pun x berapa pasti maksud dia) terhadap kami yang kebetulan adalah usahawan tani di bawah bimbingan Jab Pertanian SPU.

Jadi sesi soal selidik ini berlangsung lebih kurang 2 jam setengah dengan bermacam-macam soalan ditanyakan kepada kami. Soalan-soalan mereka lebih kepada operasi kami menjalankan aktiviti di situ.

Selain dari kami bersyukur kerana dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang kami buat, kami juga dapat refresh balik tentang SOP, aktiviti dan juga sejarah pembukaan tempat tersbut yang sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kami untuk terus berusaha. Kebetulan sahabat kami Bang Chik juga lalu dihadapan, maka terpaksalah join kami.

Terima Kasih kami ucapkan kepada En Zamri selaku pegawai APK yang membawa mereka ke tempat kami dan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian.


Ok, plan kami untuk tahun ini dan akan datang adalah untuk memperbanyakkan aktiviti bisnes pertanian ini. Gambate.


Wednesday, July 23, 2014

Salam Aidilfitri

Kami dari warga Fertigasi Mutiara mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin



Raya-raya jugak, keselamatan perlu diutamakan.